FirmaHub
BM EN
Trial

Dasar Privasi

Dikemas kini 5 Oktober 2026

FirmaHub (firmahub.my) menyediakan sistem pejabat dalam talian untuk perniagaan. Dasar ini menerangkan data peribadi yang kami kendalikan dan caranya, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

1. Data anda milik anda

Semua yang syarikat anda masukkan ke dalam pejabat (pelanggan, quotation, invois, pekerja, gaji, dokumen) adalah milik syarikat anda. Syarikat anda menentukan apa yang dimasukkan; FirmaHub hanya menyimpan dan memprosesnya untuk memberi perkhidmatan kepada anda. Kami tidak menjual data anda dan tidak menggunakannya untuk iklan.

2. Apa yang kami kumpul

  • Maklumat akaun: nama syarikat, nombor pendaftaran, serta nama, email dan kata laluan (disimpan dalam bentuk tersulit) setiap pengguna.
  • Data pejabat: apa sahaja yang syarikat anda masukkan, termasuk maklumat pekerja dan pelanggan anda.
  • Data teknikal: masa log masuk, sesi peranti dan log server asas, untuk keselamatan dan menyelesaikan masalah.

3. Di mana data disimpan

  • Setiap syarikat ada pangkalan data sendiri yang berasingan; syarikat lain tidak boleh melihat data anda.
  • Server kami berada di Malaysia. Trafik laman web melalui rangkaian Cloudflare untuk keselamatan dan kelajuan.
  • Kami buat sandaran (backup) harian supaya data boleh dipulihkan jika berlaku masalah.

4. Perkhidmatan yang kami guna

  • OpenAI — hanya bila anda guna ciri AI (contohnya imbas resit atau kad nama), gambar atau teks itu dihantar kepada OpenAI untuk diproses. Menurut polisi semasa OpenAI, data API tidak digunakan untuk melatih model mereka.
  • Cloudflare — sambungan selamat ke firmahub.my.
  • Hostinger — emel kami ([email protected]), contohnya emel tetapan semula kata laluan.

5. Kuki

Kami guna kuki sesi log masuk dan kuki pilihan bahasa. Cloudflare mungkin menetapkan kuki keselamatan. Kami tidak guna kuki iklan atau penjejakan.

6. Berapa lama data disimpan

Selagi trial atau langganan aktif, data anda disimpan. Jika tamat, akses pejabat berhenti tetapi data disimpan selama 90 hari supaya anda boleh teruskan dengan melanggan. Selepas itu, atau lebih awal atas permintaan bertulis anda, data boleh dipadam sepenuhnya. Anda boleh minta salinan data sebelum dipadam.

7. Keselamatan

Kata laluan disimpan dalam bentuk tersulit, setiap ID log masuk hanya aktif di satu peranti pada satu masa, dan admin boleh menyekat akses staf serta-merta. Tiada sistem yang 100% selamat, jadi sila rahsiakan kata laluan anda.

8. Hak anda

Anda boleh minta untuk melihat, membetulkan atau memadam data peribadi anda, atau bertanya tentang dasar ini, dengan emel ke [email protected].

9. Perubahan

Kami mungkin mengemas kini dasar ini. Perubahan penting akan dimaklumkan di laman web ini atau melalui emel.

← Kembali ke laman utama